BAB 8
“Hey kau!..mana kau
menghilang ni zir…cakap datang kl nanti nak lawat aku..mana?..mana ko?habuk pun
tarak..”..sambil tangan di goyangkan di hadapan nazir, nasib baik dia
terserempak dengan nazir di lot parking sungai wang..
Wey sorry laa der..aku
terlupa nak beritahu kau yang aku nak datang ke kl, ala lagipun aku datang ni
kejap ja adik aku nak kahwin, ko tahu laa kan aku mana ada masa nak datang saja-saja kalau tak ada suatu sebab musabab,
lagipun tu satu nya adik perempuan aku, takkan aku nak biarkan majlisnya tanpa
di hadiri oleh keluarga walaupun ibu dan babah dah tak ada..
“Kejap-kejap..!.kau
cakap adik kau nak kahwin?adik kau yang abyati tu?..kau dah berbaik ke dengan
dia?..kau tak marahkan dia lagi??...weh!..seriously banyak benda yang aku tak
faham…dulu bukan main lagi kau halau dia…marah dia…sekarang korang dah
berbaik..alhamdulillah..dia kahwin dengan orang mana??...”niat untuk bertanya
dengan lebih lanjut di pendamkan saja, Tidak mahu rahsianya bocor, mencintai
adik kawannya secara diam, di tambah pula dengan abyati yang akan melangsungkan
hari bahagia nanti, tidak elok mengucar kacirkan majlis orang lain..bisiknya
memujuk hati yang ternyata sekali kecundang dengan berita yang baru di
dengarinya.
“ Dengan budak kampung
tu jugak, duda anak satu, tapi dulu tu mereka pernah bercinta la..”..sepertinya
ada sesuatu rahsia yang tidak mahu di bongkarkan kepada ahsraff…
“Oh ya ke..dah jodoh
diorang kan, akhirnya bersatu jugak!...”
“Eh belum lagi
lah..belum kahwin lagi ok..majlis nya hari jumaat ni..jemputlah datang ke
rumah..kat kuala Selangor..kau belum kenal lagi kan dengan adik aku??”
“Erm insyaAllah kalau
aku free nanti aku pergi ya..”
“Eh tak nak lah macam
tu..aku nak kau datang jugak jangan tidak-tidak, atau pun dalam dua..kau wajib
datang!...”
“Yelaa aku datang!..puas??...”
“Sangatlah”..senyum
nazir lebar..
Dalam diam, ashraff amir menyendiri..memikirkan setiap
strategi yang perlu di ambil untuk memastikan abyati jatuh ke tangan nya, tapi
dia tidak tahu, dia keliru, dia buntu…takkan nak guna jalan kotor?...papa dan
mamanya tidak mahu masuk campur..mustahil untuk dia berjumpa mata dengan
abyati, sah-sah dia menyintai haziq safwan!..tapi dia yakin yang suatu hari
nanti abyati akan jatuh ke tangannya..kalau makin di tunggu abyati akan
terlepas, dan dia perlu bertunang dengan melia....dia gusar, cintanya bukan
untuk melia, tetapi isma abyati!...
“Tok!..saya tak kira
tok..saya nak perempuan ni tok!..saya nak tok batalkan perkahwinan
mereka..ataupun biar mereka tak dapat berkahwin!..saya tak tahu macam mana tok
nak buat..tapi saya nak abyati jatuh ke tangan saya tok!..saya sayangkan
dia..saya tahu cara yang saya guna ni salah!..tapi saya dah tak ada jalan lain
lagi tok..berapa pun saya sanggup asalkan saya dapat isma abyati!..saya tak nak
kahwin dengan perempuan yang saya tak suka tok!...saya sayangkan dia..tinggal
beberapa hari sahaja lagi dia akan menikah!...saya nak tok jalankan secepat
mungkin!..”
“Kamu yakin dengan apa
yang kamu nak?aku boleh buat, tapi kau jangan menyesal kalau salah seorang daripada
mereka terkorban!..aku bagi masa sehari untuk kau berfikir..kalau kau setuju!..aku
ada 3 syarat yang perlu kau turuti…pertama kau perlu bawak wang berjumlah
rm200k, kedua 7 jenis bunga kampung yang di siram air kunyit herba india..ketiga,
7 biji telur ayam kampung hitam!..boleh kau penuhi 3 syarat ni dalam masa
sehari?..di sebabkan majlisnya dah tak lama, jadi kau tak ada banyak masa untuk
berehat!...”
“Baiklah tok!..apa-apa
pun saya sanggup asalkan abyati jatuh ke tangan saya!..saya balik dulu tok!..terima
kasih tok!”…ashraff amir nekad..dia tahu jalan yang di pilihnya sangat
merbahaya dan salah, tetapi kerana cintanya..setiap prinsip, pegangannya di
tolak ketepi..apa yang menjadi matlamatnya adalah mendapatkan abyati walau
berbagai cara sekalipun, tiada seorang pun yang mengetahui rancangan kotornya
termasuklah mak dan papanya. Semenjak peristiwa pertunangannya dengan melia
heboh di perkatakan umum, tugasnya di corong radio turut serta di abaikan
kerana tidak mahu setiap gerak gerinya di hidu oleh pihak tertentu, dia tahu
lambat laun semuanya akan terbongkar tetapi yang pasti bukan sekarang, biarlah
mak dan papanya yang memutuskan tentang pertunangan mereka kerana pada hari
berlangsungnya majlis pertunangan tersebut, abyati sudah selamat di ijabkabulkan,
jadi untuk melengahkan masa dia perlu cepat memutuskan majlis tersebut,
fikirnya.
Sudah tiga hari isma abyati tidak mendapat khabar berita
dari tunangnya, apakah dia masih merajuk kerana menuruti setiap pantang larang
bakal pengantin, setiap pesanan mesej yang di kirim oleh isma abyati tidak juga
berbalas, isma buntu, apa yang sebenarnya melanda hati tunangnya sehinggakan
beberapa hari tidak menghubunginya, semenjak mereka berbaik semula inilah kali
pertama haziq mendiamkan diri tanpa menghantar sebarang khabar berita.
Apakah
isma telah melakukan suatu kesalahan tanpa sedar sehinggakan haziq safwan
bertindak begitu ataupun haziq safwan telah berubah hati terhadap majlis mereka
nanti. Semua persoalan bermain di benaknya, bimbang perkara yang tidak di inggini
terjadi, sekali lagi nombor telefon haziq safwan di dailnya, mengharapkan kali
ini ia bersambut! Akhirnya isma memutuskan untuk pergi ke rumah bakal suaminya
walaupun hanya tinggal dua hari lagi majlis yang akan berlangsung…tetapi kerana
tidak mahu memikirkan perkara buruk yang bakal menimpanya, tangan di capai juga
kunci en.vios dan menerobos laju menyelusuri jalan raya. Otaknya terus ligat
berpusing, bekerja keras mendapatkan jawapan dengan kesepian haziq safwan.
Pintu tidak berkunci, keadaan ruang tamu yang berselerak
jelas menimbulkan riak ketidaksenangannya, kaki di halakan ke arah ruang dapur,
sinki masih basah kelihatan beberapa hidangan pagi di atas meja, lagi
menimbulkan keanehan, siapa yang memasaknya, setahunya hanya haziq dan manja
sahaja yang mendiami rumah ini. Semua keluarganya berada di taman setiawangsa
menguruskan hal perkahwinannya bagi pihak lelaki, apa yang sebenarnya
berlaku?..nama haziq terus di laungnya!..tetapi tiada sahutan. Matanya
tertancap pada sepasang kasut wages red yang di letakkan di sebalik pintu
dapur, mungkin untuk mengaburi mata jiran tetangga duganya.
Lalu dengan penuh
semangat kakinya di hayun ke tingkat atas, kamar tidur utama!..makin lama suara
renggekan itu makin dekat, makin jelas di pelupuk gegendangnya…seakan suara itu
milik wanita sepertinya…dia buntu, tidak percaya dengan apa yang di
dengarnya..adakah haziq yang bersama wanita tersebut. Kaki di gagahi juga untuk
mendengar lebih lanjut, tidak mahu rasanya menyalah tafsir ataupun menuduh yang
bukan-bukan ke atas bakal suaminya itu, Dan ternyata kasihnya selama ini di
palsukan oleh haziq safwan. Lelaki yang di sayangi separuh mati itu sedang
mencuranginya, maksiat yang sedang di paparkan tidak sedikitpun menyedarkan
pelakunya bahawa kegiatan mereka sedang di telanjangkan. Bagaimana untuk mereka
menghadapinya, majlis yang bakal berlangsung dua hari lagi??...apakah dia masih
sanggup bersuamikan nafsu binatang!..yang sanggup menduakannya di saat
menjelangnya majlis mereka..hancur luluh hati mengenangkan lelaki yang cukup di
puja, di sayangi, menyulam cinta, kasih,dan impian hampir bertahun lamanya, inikah
balasannya di atas kesetiaannya selama ini.
Jijiknya pada haziq dan perempuan di atas katil bukan
kepalang lagi!..lalu pintu bilik di tebar luas!...
“Popp..popp..poppp…”tepukan
hambar di beri..
Tahniah!..tahniah haziq sebab awak dah Berjaya menghancurkan
hati saya!..
Kelihatan haziq safwan yang ternyata sangat kaget dan
terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak di duganya!...tanpa memikirkan
soal malu dengan keadaan dirinya yang bogel, terus kain di capai dan di
sarungkannya menutupi sebagahagian tubuhnya..
“Is!..awak buat apa
kat sini!.”..tangannya cuba meraih jemari basah milik isma abyati tetapi di
tepis kuat..
“is…kita boleh bawak
berbincang kan perkara ni??...jangan ambil kisah sangat dengan benda remeh ni,
b tak buat apa-apa pun dengan dia!..dia yang datang cari b…b sayang is
ja!..kita kan dah nak kahwin!...”
Awak cakap ni tak buat
apa-apa??awak masih lagi nak perbodohkan saya!..awak ingat saya tak Nampak
peluk cium, cumbuan awak tadi!..heyy haziq safwan awak jangan ingat saya ni
buta mata!...ya!..mungkin mata saya buta!,…buta sebab gagal membuktikan yang
sememangnya awak ni tak layak untuk menerima kemaafan!..tapi hati saya belum
buta , telinga saya belum pekak untuk menilai setiap perlakuan awak
sekarang!...saya tak sangka!....awak sanggup memperlakukan saya sebegini
rupa!..saya ingatkan awak dah betul-betul sayangkan saya!....dah betul-betul
insaf…saya kecewa dengan perlakuan awak haziq!....awak dah Berjaya untuk
membuat saya hilang persepsi keagungan terhadap lelaki seperti awak!..matanya
di alih ke arah wanita yang cuba menutupi sebahagian tubuh telanjangnya dengan
mencapai gebar selimut, rupanya cinta awak selama ini palsu rupanya, saya
seorang yang buta dalam menilai cinta yang di beri!...
air mata terus laju mengalir, habis basah
lencun langan baju dek mengelap air mata yang tak pernah kering.
“Awak jangan risau,
majlis kita nanti tetap akan berlangsung dan pengantinnya adalah kamu
berdua!...”..terus kakinya di hayun menuju ke pintu utama..hidupnya terus di
uji, satu persatu ujian datang menimpa menguji tahap kesabaran dan
ketabahannya, tapi sampai bila harus dia merasainya?...isma abyati bukan
siapa-siapa, dia tak punya harta yang banyak untuk di agungkan, dia tidak
beribu dan berayah, tapi kenapa masih ada yang cuba menghimpit
kesabarannya!...tanpa menunggu masa lama, pedal minyak di tekan laju
menyelusuri setiap denai tangisan membawa sekeping hati yang hancur, di saat
menjelangnya hari bahagia mereka, malang datang mengetuk laju, di saat ini,
hanya ayu syakila dalam fikirannya!...hanya ayu yang sentiasa bersamanya. Ya
hanya ayu yang fahami segalanya.
“is…sabarlah is!..aku
tak nak keadaan bertambah buruk lagi is..sekarang ni apa rancangan kau??..majlis
tetap akan berlangsung ke is??...ayu buntu, dia juga keliru dengan musibah
yang baru melanda hidup temannya, nak di tolong tiada terdaya, apalagi yang
mampu dia beri..setiap nasihat dan pujukan di pandang sepi sahaja oleh isma
abyati!...perit mata untuk memandang tapi perit lagi empunya badan
menanggungnya..
“Aku rasa..aku tetap
nak majlis itu berlangsung..tapi pengantin perempuannya bukan aku!...tapi
perempuan tu…”..matanya sudah bengkak untuk terus menangis, rasanya air
mata sudah kehabisan untuk mengalir, keadaan tetap sama tidak akan ada suatu
pun yang akan berubah kerana ia sudah terjadi, untuk kembali ke keadaan
sediakala ia adalah mustahil sekali..