my nuff

:: c0NNect mE hErE ::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: klik tabung kahwen kite ::

Monday, May 9, 2011

Rindu Cinta Abyati (BAB 6)


~ BAB 6 ~
Majlis pernikahan antara Isma Abyati dan Haziq Safwan semakin meniti hari, segala persiapan siap di aturkan, bagaikan akan menerima kunjungan dari tetamu kehormat, segalanya Nampak sangat teratur dan kemas, hanya masih tinggal 30% sahaja lagi untuk di persiapkan dalam masa tak sampai seminggu lagi. Segalanya berlaku dengan pantas, dia sendiri tidak menyangka akhirnya dia akan menamatkan zaman single nya dengan menikahi seorang lelaki yang pernah di cintainya dahulu,berkat pertolongan dari keluarga Ayu Shakila Tuan Malik, ia Nampak terlalu sempurna. Hanya perlu di lengkapkan dengan pengantin yang siap di andam serta kehadiran tetamu yang akan di hadiri oleh kebanyakkan orang yang telah di jemput.

“ ayang…kita pergi Alamanda jap boleh??.. nak jalan-jalan laa dengan ayang….bosan asyik dok memerap je dalam bilik…”.. runggutnya..
“b..kita kan dah nak kahwin..mana boleh bakal pengantin keluar bersama..nanti kan tak berseri pengantin nanti…hah siapa susah..kalau apa-apa berlaku susah kita nanti…b sabar eh..seminggu je lagi….”..pujuknya lembut..
“lePas tu kalau ada barang keperluan yang nak di beli lagi, ayang jangan keluar sorang-sorang tau…”
“Ya..ayang tahu lah …lagi pun ayu kan ada…ayang boleh ajak ayu dan faiz temankan….b jangan lah risau sangat ”..setelah salam di beri terus perbualan di telefon itu di offkan…fikirannya menerawang mengingatkan kerisauan si kekasih hati yang makin menjadi-jadi.
Ayu..jom keluar!!..aku bosan laa..
Ermm ok kita nak pergi mana ni??..Kau dah bagi tahu haziq belum nak keluar ni??....
“ Tadi aku baru je habis bercakap dengannya dalam telefon, alah jangan risau laa kita bukannya nak pergi buat kerja tak senonoh pun kan..just nak cari ketenangan je…”..suara Isma kedengaran tidak bermaya…
Kenapa dengan kau ni  is??..ada masalah dengan Haziq ke??..
“ Entah laa ayu….saat-saat nak dekat majlis kami ni, aku asyik rasa tak senang hati laa…aku selalu mimpi yang macam-macam…aku risau laa ..risau kalau-kalau ada benda tak elok berlaku semasa majlis kami nanti…”…
“ Huh…hishhhh is…jangan fikir yang bukan-bukan..!.kau kan nak kahwin nanti…mainan tidur je semua tuh..jangan fikir sangat eh..ok apa kata kita singgah Mid Valley kejap nak..??..tak pun kita lepak jaa kat sana dulu.. lepas tuh baru kita ronda kat tempat lain..mana-mana saja yang kau nak pergi..aku tak kisah..kau yang drive kan..”..gelaknya mematikan lamunan panjang Isma Abyati….
Cuba kau tengok yang ni ayu??..cantiknya..ala-ala princess tuk baby girl kan..
‘ ermm apa kata majlis kau nanti..kau pakaikan Manja Khalisah dengan gaun ni..kau kan kahwin 2 in 1…..dapat anak segera…cepatlah nanti kau timang cucu pulak!!.” ..meletus tawa mereka dengan gurauan Ayu Syakila Tuan Malik…
“ Mangkuk betul kau ni ayu..!!..aku punya laa serious kau boleh pulak buat gurauan katak macam ni..”.muncungnya terus mematikan ketawa ayu…
“ Yelaa aku pun serious..kau tengok sini ada Nampak riak tak serious kat muka comel aku neh??...”..terus di gayakan muka nya di sebelah patung  babydoll…
Ermm yelaa kau ni..comel laa tuh buat memek muka gitu??..eh jom kita masuk Bookstore nak??lama dah aku tak dapatkan stok terbaru…jom laa lalink intan kesuma melati sayang!!....
Kak diya!!..kak diya!!...kedengaran suara memanggil namanya sayup2…di pusingnya melihat siapa gerangan..tetapi tidak kelihatan kelibat si pemanggil kerana pengunjung pada hari minggu memang lah  tersangat ramai, dengan keluasan Mid Valley yang besar gedabak, memang tak hairan lah kalau ada yang sesat ke tak jumpa barang yang nak di cari ke…
Kak diya!!..suara tuh makin dekat…
Di lihat nya seorang lelaki yang agak putih kulitnya..masih samar-samar tidak dapat dia mengecam lelaki di hadapannya kini yang kelihatan tercungap-cungap keletihan….
Kak diya!!..ni atiff laa kak!!..sahutnya bersungguh sungguh…..
“ Ya Allah atiff…!!..akak hampir lupa kamu…dah segak ya..kamu belajar kat mana sekarang??..??..sorry laa akak busy sangat dulu tak boleh nak join kamu….eh kamu datang dengan siapa?..kalau tak berteman jom lah join akak ….pusing-pusing…”..sambil matanya meliar menangkap sesiapa sahaja yang mungkin bersama atif ketika ini…
“ Tak ada laa akak..atif datang seorang saja..actually atif baru balik dari India, baru 2 hari…dok rumah bosan laa sorang-sorang”..sambil matanya melirik pada si ayu di sebelah…
Isma Abyati yang bagaikan mengerti pandangan Atif tadi terus memperkenalkan Ayu..
“..ohh by the way..ni kawan baik akak… Ayu Khalisah…...dah berpunya.”..terus di bisiknya kata-kata itu…merah padam muka atif terkantoi mengintai…
Ayu yang sedari tadi bagaikan berada dalam dunianya sendiri..terus di cuit untuk di perkenalkan kepada adik angkatnya itu..

“Hye…atif…”…
“ Ayu”..balasnya pendek tak berminat untuk meneruskan perbualan
Okey lah di sebabkan kita dah jumpa ni, apa kata kita makan dulu dekat Kenny Rojers..nak???...sampuk Isma….
“ Kamu kat sana belajar ambil jurusan apa??..mesti medic kan??...means kamu baru lagi junior laa yea…tapi kenapa dah balik ke Malaysia..bukan ke agak jauh juga Malaysia dan India..owh kak diya guess kamu ni mesti anak orang berada la yeah??..”..duganya lagi…
“ Tak ada laa kak diya..biasa-biasa je..balik ni pun abang nak bertunang hujung bulan ni…mean tinggal 2 week lagi laa…”..alang-alang dapat cuti lama sikit..itu yang bestbetul tak Ayu…”..di pandang nya ayu yang sedari tadi hanya mendengar sahaja tanpa berminat untuk mencelah…
‘ Eh ayu..makan lah…kenapa sejak dari tadi lagi aku tengok kau macam pasif jaa…kenapa ??..kau segan dengan atif eh…dia kan adik angkat aku…kau jangan risau sangat lah….”.
“ Bukan lah korang ni…buat apa aku nak segan dengan korang berdua…aku just terfikir je tadi, sebesar-besar Mid Valley ni, ada jugak orang yang kenal dengan ko kan…”..gelaknya
“ Ape laa kau ayu…sempat lagi kenakan aku yea…owh yea…dah alang-alang jumpa ni…atif !!….jumaat ni jemputlah datang rumah Ayu yea…Kuala Selangor..Majlis akak nanti kat sana..kami ni sebenarnya dah kawan lama..dah macam keluarga sendiri dah…tapi akak lupa laa nak bawak kad nya..tak apa atif datang nanti..akak bagi laa kad …”..senyum nya lembut…
“ Akak kahwin??..wahh best nya kak…!!..nak jadi pengapit boleh??..boleh laa kak!!!..nak ambil berkat…mana laa tahu nanti-nanti senanglah atif nak dapat jodoh pulak…cepatlah atif merasa naik pelamin ya kak..”.terus bebola matanya di kecilkan ke arah ayu.. “ lagi satu…akak pun jangan lah lupa kat atif ya lepas kahwin nanti..jemput akak dan bakal suami datang ke rumah..ayu sekali!!..jangan segan-segan.. leh kenalkan mak dan papa  serta abang long atif. ..” ..ujarnya ..
insyaAllah kami datang…ok makannya dah sudah..kami nak masuk ke kedai bookstore kejap..kamu atif nak pergi ke mana pula lepas ni??..
“ nak ke kedai depan..sambil cari buah tangan untuk majlis abang long tuh haa..owh ye akak tunggu sini kejap yea!!...10 minit jaa…akak jangan pergi mana –mana taw..!!...
Hey!!...”
tanpa mendengar jeritan Isma.. terus tangan nya menyambar pergelangan tangan ayu supaya mengekorinya…pantas berlari dari satu kedai ke satu kedai di singgahi nya…..
eh awak!..sakitlah..lepaslah..ehh saya dah ada tunang laa..kalau di tengoknya dek faiz lain pulak jadinya..”..
“ owh hoo sorry tak sengaja…” ..senggihnya..sambil tangan melepaskan pergelangan tangan ayu…dan  membelek hadiah satu persatu..
Tak senggaja kepala tempayan ko!!..herdik ayu dalam hati…di beleknya pergelangan tangan tadi..kelihatan kemerahan kesan dari tangan kasar itu
“ Sakit ke??..sorry ayu..saya..just nak ajak awak temankan saya jap…tuh ja..tak ada maksud lain..saya tak suka kacau yang orang punya, just saya nak pinjam kejap jaa…”…dalam hati berbaur kecewa dengan ayat Ayu Shakila Tuan Malik tadi..
“ Ok dah jumpa!!..jom..lama di tunggu kak diya kan marah pulak dia….” di kerlingnya ke wajah kuning langsat ayu…senyuman di lemparkan….dalam hatinya berbisikkk…[ fuhh harap-harap cair lahh kau ayu dengan aku nanti!!...]
“ Korang pergi mana ni??..lama kak diya tunggu sini, macam tunggul tahu tak!!..” mencuka wajah Isma Abyati senggaja mendera perasaan bersalah Atif dengan tingkah laku lepasnya tadi..bukan nya dia tak tahu, Atif sudah jatuh cinta dengan Ayu….memang di akuinya Ayu memang cantik, bijak, berasal dari keluarga yang berada, so tak hairan lah kalau semasa di kolej pun , dia  menjadi rebutan ramai pemuda  termasuk pensyarah muda subjek Etika mereka dulu…
“ Atif mintak maaf ya kak diya…nah !!!...buat inggatan..mana laa tahu kot-kot majlis akak nanti atif tak dapat hadir ke. ..baik atif bagi awal-awal…kecil je kak…tak mampu nak beli yang besar-besar”  ..ujarnya sejurus terpandang wajah hambar Ayu Shakila Tuan Malik..
“ Eh kecil kau cakap ni Atif…???..besar laa..tengok tag price!!..laaa rm499.90 ni kau cakap murah..agaknya kalau duit rm10,000 kau rasa macam rm100 kowt…”..terus di perlinya atif yang terkulat-kulat malu dengan tegurannya tadi… “ by the way…atif terima kasih sangat- sangat tau…sangat menghargai hadiah yang [ murah ini ]..”..matanya sengaja di bulatkan lagi…terus tawa mereka meletus….
“ Ermm ok laa kak diya..atif mintak jalan dulu laa ya…hati-hati..jumpa lain kali…”…nice to meet you ayu!!..bisiknya hampir kepada ayu..terus dia berlalu….
Mata Isma yang sepet itu sengaja di bulatkan ke arah ayu….seakan-akan meminta penjelasan..
“ Hisyhh kau neh ayu..jangan nak fikir yang bukan – bukan..aku sayangkan faiz taw!!..lagipun si Atif tuh kan baru 20 tahun umurnya..muda 5 tahun dari aku kot…selisih malaikat 44…”..
“ Alaa sekarang ni trend lelaki cari perempuan yang lagi tua dari dia tahu..berpengalaman!!..terus di usik wajah merah padam ayu!..banyak lah kau…..si faiz tuh mana aku nak campak!!..entah-entah saja je si atif tuh nak kenakan aku..lepas tu kau pun percaya…apa laaa….” ..balasnya acuh…
“  Okey-okey fine!!!..jom lah kita balik..asyik bercakap ni memang tak sudah..macam tak boleh sambung kat rumah kan…aku kan bakal pengantin..tak boleh lama-lama merayap..nanti seri pengantin lari..lagipun asar dah nak habis dah ni..jom lah. Kita singgah dulu dekat surau sebelum balik ya..kang terlepas asar pulak…” ..



klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

2 comments:

  1. Wahhh.. Ske mnulis ke? Trylan anta skrip kat alaf.. Lau nk anta sy ley tlg tnjukan.. Like die ribu2 lemon! Eheeee..

    ReplyDelete
  2. ehehee..minat tuh adelaa..tp isaulaa citer x dew laa bgus sgt..nie just prcubaan...try luu post dr blog kalo dpt respon yg baik dr reader..i,Allah berani laa cket nk anta kat alaf..hehe...agipun x ciap abes ag citer neh..skunk bz...x taw bile dpt smbung balik..cuz ct sem 6t nak keje plak..tp arapnye ade laa mase cket..hehe..wish me dpt ciapkn novel ni & bjye mcm yana jugak!!..i,Allah...amin..=p

    ReplyDelete

iklan berjalan - sile bantu saya dengan KLIK di sini

< penjejak abadi >

mo0d