my nuff

:: c0NNect mE hErE ::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: klik tabung kahwen kite ::

Tuesday, September 25, 2012

dari hati untuk hati


saat tiada lagi waktu untuk
 kita berjalan seiring
saat tiada lagi waktu buat kita
berkongsi cerita girang
cukup saja ku rapatkan jari jemariku
menangkupkannya
lalu mendoakan dirimu
dengan cara itu aku memohon 
agar DIA selalu menjagamu

Tuhan jagakan dia untukku
jagakan dia agar
 air matanya tak lagi jatuh
jagakan dia agar cintanya selalu penuh
untaikan senyuman di bibirnya
terangkan cahaya matanya
hangatkan hari-harinya
agar selalu ceria
sinarilah malamnya agar tidurnya lelap
berikan dia mimpi-mimpi indah
aku mohon
Tuhan jagakan dia untukku
kerana aku tiada lagi daya


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Sunday, September 23, 2012

:: doa bersama pemergiannya ::


Bismillaahirrahmaanirraahim..


Seteguh mana pun kita berdegil untuk terus ber-couple
Sejauh mana terpisah tanpa ikatan yang sah
Seutuh mana tangisan kamu demi bukan muhrim mu
Sehanyut mana jiwa & hati menjadi fitrah
Andai ia bukan ikatan yang sah & halal, cepat-cepatlah istighfar

Tiada apa di dunia ini milik kita melainkan dari-Nya. Biarkan dia pergi, walau sejauh mana pun dia pergi, dia tetap akan kembali bila dia di pohon di dalam DOA dengan izin-Nya. Kau pohon lah pada Allah terlebih dahulu, andai hatinya yang kau mohon.

adakah aku  makmummu, & engkau imamku


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Wednesday, September 19, 2012

wanita memang sukar untuk di duga



assalamualaikum semua yg ada...
kali ni aku nak berbicara tentang wanita...wanita..anda yang bernama wanita..

Hati wanita terlalu istimewa,hinggakan kadang sukar untuk kita meramal apa yang ada di dalamnya
Hinggakan kadang kita tak langsung menduga apa yang sedang di fikirkanya, walau kadang bicaranya seolah tiada rasa, namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri.

Dan jangan biarkan wanita yang berada di sisimu bersedih dan menangis, jika masih di biarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..

Jangan biarkan wanita yg berada di sisimu punyai rajuk yang panjang hingga tiada usaha untuk menggembirakan hatinya, kerana pasti aka nada seseorang yg cuba membuatnya senyum & gembira

Jangan biarkan wanita yang berada di sisimu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti aka nada bisikan mengodanya mencari keserasian..

Mereka tidak mendengar apa yg di keluh, mereka tidak melihat dengan mata walau memandang, mereka hanya mahu tahu satu kisah, satu cerita asalnya duka, tidak langsung mereka mengerti akan rasa, kerana mereka tidak berada di atasnya, tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika

Kadang dia sering menyembunyikan 1 rasa sakit pd seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tak melihat, kerana menangis dia dalam diam, menangis dia dalam hatinya, derita sukarnya kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman yang terukir.

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir, sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya..dan seolah telah hilang 1 kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu

Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan mungkin dia melakukan perkara di luar kawal, bimbinglah dia, tenangkanlah hatinya

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaanya, dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara, dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya, lantas dia akan mengenggam erat tanganmu, di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu, sengaja dia member ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seseorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya

Apabila wanitamu berkata dia rindu kanmu, dia benar benar maksudkannya,apabila berjauhan bayanganmu akan sentiasa bermain di mata, kadang dia tak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu


DAN AMAT MENYAKITKAN BILA KITA TERPAKSA BERPURA-PURA BAHAGIA SEDANGKAN PADA REALITI ITU AMAT KITA MERASAKAN DERITA
HANYA MAMPU MELIHAT TANPA MEMANDANG KERANA TELAH DI BUTAKAN DENGAN KESAKITAN
KITA PUJUK AKAN HATI, CERITA INI HANYA SEMENTARA HINGGA SAMPAI SATU MASA SETIAP LAKONAN ITU AKAN BERAKHIR JUA


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

everybody hurts


setiap wanita pasti mempunyai rahsia tersendiri
inilah rahsia umum yg di sembunyikan 
daripada isi hati wanita kepada pasangannya


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Monday, September 17, 2012

penutup syawal 2012

hye assalamualaikum semua!..hokey curi mase sekejap yew..

heheee weekend ni ak balik KL..wahhh2 mule2 xmo balik..tapi 2lah balik2 pk sume..tido2.then ok last minute decide nak balik...hepy kemain lagi..terus ajak ak nye sedara n dye pown mau ikut..tapi 2 lah xpenah kan b4 nie kalo beli tiket ondaspot ade jew..tapio kali neh ..ak gerak ke sri putri lam kol 5 cam2 lah...tapi sume tiket dah abes just dpt lam kol9pm...u noe 9PM??..omaig0d!..kalo aku sorang memang ak XKAN balik laa kan...naseb bek akak aku nak p amek kat TBS tuh..haisyhhh..TAPPPPPIIII TAPIIIII KAN nak sangat balik sebabb rindu dah ngan anak2 ku..hehheeeee...

so sampai malam tuh tid0 jelaaa..esok pagi nye bermulah lah program open ous kami..yehhh yehhh...hepy kowt dapat makan preeeeeeeeeee kauuu hade??.. lam kol 11 am gi2..gerak ke ILUM kat nilai tuh..eh salah ILIM..institut latihan  islam malaysia...rase2 cam da sampai awal..tapi rupenye boley tahan dah lambat larh..makanan sume dah nak abes dah..ruse pown xbyk..kambing dapat laaa 2,3 ketul..satay banyak larh dat time n macam2 juadah lg...ghase2 macam xlarat sgt nak makane even time tuh ekceli memang lapor!..air pulak x bnyak haihhhh..tapi kan ingatkan ni majlis reunion biasa jewk alumni akak ak...upenye memang besar lew..yg hadir sume tuh bukan calang2 orang taw..dari batch 80-an till noe? huhhh memang mak dato'datin tansri abeh laaaa...rasa cam salah masuk majlis pown hade...
our angah

amirul yg syukerr kenak ociknye!

yg 2dung coklat tuh datin!



pestuh kitorang blahh.haha...cuaca sgt mendung n ujan..tapi sempat lagi kami singgah ke bangi..umah kawan angah aku!..kat sini still makan.haha mule2 nak minum air jewk! tapi nampak cam sup soto dye besh jew..bedal lagi semangkuk! then balik rest kan badan nak p yg malan plak..belah malan tuh kami gerak ke umah along ak..kata damansara damai..ni kire open ous blok along ak lah...ciap ade pertandingan lg..pertandingan pakaian yg paling hot family lagi...kitorang decide pakai itam..bedal jewk hahaahaa mane nak cekau sama semua kan..hahh kat sini pown besh!..opkos laa ak akan makan lg..pelik pulak if x makan kan!

along with his aziq bambam

we r young!


bapak2 blok M D.D

timi yg anje2!



okeh hari seterusnya..iaitu ari ahad!..hahahaa sambung lagi ke batu caves! uma sedara 1 kg!..terlajak sampai awal so kami lah yg rasmikan majlis diowg..kikikiii ...kalo dah sampai x sah kan kalo x jamah kan even sedikit..so aku memang sentap sume..jangan tinggal 0 jewk..owh ye lupe pulak,,setiap majlis ni x lepas dr laksa pinang!..yessss n semua ni ak rasa kat setiap majlis so overal laksa ;pinang kat D.D lagi besh n kauw2 lah..last sekali majlis kat sungai buloh..penyudah petang kat sane lah..last syawal 4 diz time..tapi kat S.B nie x bape nak lawan larh..sebabb bet0l2 dah full make hanye ku sentuh coklat cake n air shj..

bile buat n3 neh ..ase cam dalam jalan2 cari makan lak! so maybe aku brde dlm kondisi yg sme dengan maria tunku sabri tuh ..hahaaa..
ok larh cuk0p nt0k kali nie..ak ngantuk nie..almakl0m lah baru sampai kan..terus nak on9 jew...esok pulak kelas kol11..lagi laa senang ati kan..hope kalo kelas nak batal pless batal awal2 k..jgn dah terpacak kat pin2 kelas..dapat link kelas cancel!
bubyeeeee kacak n cantik!


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Tuesday, September 4, 2012

bahagia sebenar di cari


AKU MENULIS BUKAN KERNA AKU SEMPURNA
TAPI KERANA AKU SELALU ALPA
"Nampak 'happy' bahagia memanjang, tak pernah rasa 'down' atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?"
Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, 'down', kecewa, 'frust', stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau 'frust' atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya.
Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, 'frust' atau pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan'nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan.
Apa kata kita jadikan mereka inspirasi? Saat-saat begini, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima dan cara kita 'deal' dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang saat kekecewaan?
Antara apa yang termampu dan boleh saya kongsi ialah:
1)   Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2)   Senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. Susah? Saat pertama kali buka mata pada pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyumlah kepadaNya, yang masih sudi memberi kita nyawa dan kehidupan.


3)   Sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terimalah setiap kritikan demi memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab dan amanah yang diharapkan dan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.

4)   Ketepikan memikirkan perkara yang remeh dan kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi perkara yang kadang-kadang hanya mempunyai unsur negatif dan aib.


5)   Memilih untuk membaca/melihat/menonton bahan yang positif dan berunsurkan ilmiah. Susah? Tidak. Paling mudah, mulakan dengan 'follow' mereka yang berkata-kata dengan kualiti dan baik seperti di Twitter. Sekurang-kurangnya, setiap kali membaca memberi kesan dan ingatan kepada kita.

6)   Bergaul dengan mereka yang sentiasa positif dan sentiasa berkata serta beramal baik. Susah? Nanti tak ramai kawan? Tidak. Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik dan betul daripada mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah kepada prinsip diri sendiri dalam berkawan.


7)   Lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak semua orang salah dan kita betul? Lihat dan cermin kembali diri kita. Jangan mudah rasa diri cukup sempurna dan sentiasa betul.

8)   Memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan jauhilah walau sekelumit pun perasaan kurang senang ataupun dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukankah setiap rezeki kita sudah ditentukanNya? Berusaha dan motivasikan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.


9)   Sentiasa mengamalkan gaya dan cara hidup yang betul dan positif. Jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah ditetapkan. Susah? Ingat, setiap perkara yang kita lakukan sekarang, ialah tanggungjawab kita kelak.

10) Sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan datang yang bakal menyusul daripada setiap tindakan kita. Perlu berani di dunia maju? Ya, benar, tapi jangan sampai pada masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.


11) Jangan takut untuk 'jatuh' dan sentiasa melihat 'ke bawah'. Bersyukurlah. Apa jua yang kita hadapi hari ini, walau sesukar mana pun, barangkali boleh menjadi impian buat orang lain.

12) Yang paling penting, sentiasa dekatkan hati denganNya. Sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalanNya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. Susah? Belum rasa 'rasa' itu? Carilah Allah. DIA sedang menanti kita. DIA rindukan kita.

Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuma


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

suatu ketika

assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim

saat ini suatu ketika dahulu
aku terpaku menatap bait-bait yg tertulis
padanya terpapar bait yg tidak ingin ku baca
aku bertanya pd diri
apakah aku sudah bersedia menghadapinya??
lalu ku singkap kata hikmah ujian Ilahi
ku peroleh titisan ketenangan yg pertama
aku terus menadah titisan ketenangan berikutnya
walaupun ribut taufan mengganas tanpa aku memahaminya
ancala harapan yg di impi musnah berderai
hingga aku seperti kehilangan tempat berlindung

ku gagahkan langkahan mencari titisan ketenangan
selangkah demi selangkah aku meniti
Allah maha kaya
ada hikmah tersembunyi yg cukup bernilai
menjadikan pasrah diriku bertukar redha
pesanku buat kalian
andai di rundung duka
usah mengeluh sejuta rasa
lihatlah sedalam-dalamnya
ada rahsia indah yg tersembunyi
cari lah ia
suatu ketika nanti
pasti ketemu nikmatnya
sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Sunday, September 2, 2012

Surah Penghibur hati yang kesedihan…


SURAH AL-KHAUSAR


 
(1)
sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad)
kebaikan yang banyak (di dunia & di akhirat)
(2)
oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)
(3)
sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang di ingininya)

surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & di turunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. surah ini di sifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana di turunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

p/s ; amalkan lah surah ini sekerap yang mungkin bila bersedih, InsyaAllah kesedihan yang di alami akan hilang ...mari beramal.


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

iklan berjalan - sile bantu saya dengan KLIK di sini

< penjejak abadi >

mo0d