my nuff

:: c0NNect mE hErE ::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: klik tabung kahwen kite ::

Monday, February 14, 2011

rokok vs tomyam

ADIK: Abang..doktor cakap adik tak boleh makan maggi. nanti muntah2 lagi. Tak boleh makan makanan yang pedas2.. kalu tak nanti sakit adik datang balik..







ABANG: Kalau tak nak sakit, dengar la cakap doktor tu.Banyak kene pantang adik ni.






ADIK: Tapi kan..adik teringin nak makan maggi.nak rase sikit je.nak jamah. dah lame tak makan..boleh tak?






ABANG: Tak boleh! Kalu rase nak muntah2 sampai badan tu lemah, makan la.






ADIK: Tak jadi la. Nak makan tomyam la pulak. Dah lame tak maakan tomyam. boleh kan abang?


ABANG: Kan tomyam tu pedas.. adik tak leh makan gak..






ADIK: Dah maggi tak boleh,tomyam tak boleh, adik nak makan ape..dah la makanan favourite adik.. dah lame tak makan..teringin..


ABANG : Degil!Doktor da cakap tak nak dengar.. abang bace dalam majalah banyak artikel pasal keburukan tomyam. Tomyam bukan elok sangat. banyak bahan yang boleh merosakkan sistem dalam badan.abang cakap berdasarkan fakta tau.dengar la cakap abg ni adik.. abag sayang adik.. abang tak nak adik sakit..






ADIK: Kalau adik degil, abang lagi degil.. Sebab abang selalu isap rokok. Rokok 2 pun bukannye bagus pon. Adik bukan setakat dengar doktor cakap.. dalam majalah,dalam suratkhabar,dalam iklan tv,sume cakp pasal bahaya merokok.Ade nikotin dan bahan2 laen dlam rokok 2 yang boleh merosakkan sistem dalam badan abg lagi banyak dari adik tau. Adik cakap berdasarkan fakta dan kajian selidik lagi.adik pun sayang abang.. adik tak nak abang sakit..tapi ade abang dengar cakap adik? Xde gak kan?? Degil 2 la.. Ha kan da kene balik.






ABANG : Erk! Ok boleh makan tomyam.tapi jangan selalu.






ADIK: Yeay! Dapat makan. trima kasih abang..hihi


rokok vs tomyam.
which one better? :P
adik tau bukan senang nak berhenti merokok..
macam adik bukan senang nak berhenti makan tomyam..
tapi kite da kurangkan bende ni kan..


okey..neh resepi dye..kalo u ols berminat..memang peberet...cube larr..=p
 
TOMYAM AYAM

Bahan A


500 gm ayam [potong kecil]


1 batang carrot [potong pendek]


1 biji bawang besar (dihiris)


2 batang serai (diketuk)


8 biji cili padi (diketuk)


2 cm lengkuas (diketuk)


1 ulas bawang putih (diketuk)


1 sudu besar pes tomyam


1 batang celery (potong kecil)


3 helai daun limau purut (koyakkan)


Air & garam secukupnya






Bahan B


100 gm bunga kobis


2 biji tomato (dibelah 4)


2 biji limau nipis (ambil jus)


1 pokok daun ketumbar (cincang)






Cara membuat


1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut


2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendideh dan tutup api.


3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

hanya masukkan dalam rebusan ayam dan renehkan sehingga mendideh...


PES TOMYAM

Bahan-bahan


3 s/b cili kering kisar


1 s/b udang kering dikisar


1 s/b belacan


1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air


5 ulas bawang putih dikisar


10 ulas bawang merah dikisar


1 s/b gula


garam


2 s/b jus limau nipis


Minyak untuk menggoreng






Cara membuat


1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.


2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.


3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.


4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.


5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.






Nota Tambahan


Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


GAMBAR SEKADAR HIASAN SEMATE..


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

2 comments:

  1. aku taw,sat agi musti ko order kuey tiow tomyam..

    ReplyDelete
  2. i,Allah..x reti nk order yg len..hehehe...tp ase cam nk mkn ns.aym penyet lak..

    ReplyDelete

iklan berjalan - sile bantu saya dengan KLIK di sini

< penjejak abadi >

mo0d