assalamualaikum semua yg ada...
kali ni aku nak berbicara tentang wanita...wanita..anda yang
bernama wanita..
Hati wanita terlalu istimewa,hinggakan kadang sukar untuk
kita meramal apa yang ada di dalamnya
Hinggakan kadang kita tak langsung menduga apa yang sedang
di fikirkanya, walau kadang bicaranya seolah tiada rasa, namun sebenarnya amat
jauh dari dunia sendiri.
Dan jangan biarkan wanita yang berada di sisimu bersedih dan
menangis, jika masih di biarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah
hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..
Jangan biarkan wanita yg berada di sisimu punyai rajuk yang
panjang hingga tiada usaha untuk menggembirakan hatinya, kerana pasti aka nada
seseorang yg cuba membuatnya senyum & gembira
Jangan biarkan wanita yang berada di sisimu merasakan sunyi
dan terabai, kerana pasti aka nada bisikan mengodanya mencari keserasian..
Mereka tidak mendengar apa yg di keluh, mereka tidak melihat
dengan mata walau memandang, mereka hanya mahu tahu satu kisah, satu cerita
asalnya duka, tidak langsung mereka mengerti akan rasa, kerana mereka tidak
berada di atasnya, tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk
sandaran seketika
Kadang dia sering menyembunyikan 1 rasa sakit pd seseorang
sehinggakan menitis airmatanya namun kita tak melihat, kerana menangis dia
dalam diam, menangis dia dalam hatinya, derita sukarnya kita pahami kerana dia
pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman
yang terukir.
Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang
mengalir, sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya..dan seolah
telah hilang 1 kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu
Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan mungkin dia
melakukan perkara di luar kawal, bimbinglah dia, tenangkanlah hatinya
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan
padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaanya, dia akan menerima kata
katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara, dan jika kamu berpesan
jangan menangis lagi dan akan menjaganya, lantas dia akan mengenggam erat
tanganmu, di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir
hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu
beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu, sengaja dia member
ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga
jika seseorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya
Apabila wanitamu berkata dia rindu kanmu, dia benar benar
maksudkannya,apabila berjauhan bayanganmu akan sentiasa bermain di mata, kadang
dia tak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu
DAN AMAT MENYAKITKAN BILA
KITA TERPAKSA BERPURA-PURA BAHAGIA SEDANGKAN PADA REALITI ITU AMAT KITA
MERASAKAN DERITA
HANYA MAMPU MELIHAT TANPA
MEMANDANG KERANA TELAH DI BUTAKAN DENGAN KESAKITAN
KITA PUJUK AKAN HATI,
CERITA INI HANYA SEMENTARA HINGGA SAMPAI SATU MASA SETIAP LAKONAN ITU AKAN
BERAKHIR JUA

No comments:
Post a Comment