dulu
aku pernah
tenggelam dalam menongkah dunia
aku pernah
hilang
dalam
mencari sinar jiwa
aku pernah
hanyut
dalam
mencari arus pujian
aku pernah
sesat
dalam
menyilau kembali mana satu yang harus ku pegang
itu semua
dulu
kini aku
takkan biarkan ia terus memutar kembali
cerita dulu
aku tahu
insan
seperti aku
bukan mudah
untuk menggapai bahagia
bukan mudah
menoreh manis sepucuk senyum
aku sedar
segala yang
aku miliki hanya sementara dan
aku sedar
mimpi disiang hari bukanlah suatu kenyataan mahupun fantasi
cinderella
yang tertinggal kasut bertuahnya
dan aku juga
sedar
aku bukanlah
fairy tale
yang
mengharapkan akan ada sinar yang sentiasa memayungi deritaku
aku manusia
aku gadis
aku
gadis-gadis semasa
yang
impianku sama belaka
kadangkala
asyik terleka
aku
tersenyum bila ada yang tertawa
dan aku
berduka bila ada yang terluka
diri aku
tak sama
dengan apa yang kamu-kamu rasa
hidup ini
sementara cuma
harus
dipenuhi dengan cerita tentang
kita
biar pahit
mahupun sengasara
ditelan
hilang dikunyah kenyang
itulah
cerita kita
Waaa sgt lame dah tak msuk blog ni.. Hehehe.. Ha'aa bckdrop blog same tak pnh tkr dri zaman batu lg.. :p
ReplyDeleteitulah x perasan plak sebel0m-sebel0m ni..inilah kalo dah hepy kemain hehhee
ReplyDelete