my nuff

:: c0NNect mE hErE ::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: klik tabung kahwen kite ::

Thursday, December 29, 2011

<< sekadar berkongsi TIPS exam >>

                                           
Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat ku, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan semester dan terutama juga buat sahabat2 ku di zaman diploma DDL..DDQ..3SGT..GAMBATE 21..serta yg jauh nun di UM..UUM..UITM..dan semua lah yg bakal melaluinya....jangan nebes2 cicakkk k...

di sebabkan saya pown da melalui cuti hampir seminggu di kampung...tak larh terlalu penat dalam study week ni..ada masa untuk membuat persediaan..tapi bagi sahabat2ku yang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan esemen ..project akhir..& segala bagai tuh dalaam minggu yang sepatutnya kita gelar ia ' study week '..sangatlah memerlukan perancangan yang amat bijak..bagi yang suda terer no hal laa kan..tapi kalo bagi orang yang macam saya..super duper time laa kann...tapi tapelah ni bukan seperti zaman exam UPSR/PMR/SPM...kite ley amek tusyen..kelas tambahan dan sebagainya..kat sini segalanya di tangan anda..anda tuh bermaksud saya...awak..dan jugak kita semua...=) Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. ..kan kalo study tersangat last minute nanti jadi macam ni lax...huisyhh mintak jauh lew...
Dengan demikian, di sini saja saya terajin nak berkongsi bersama-sama semua..beberapa tips yang boleh kita amalkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbarberita harian untuk pekongsian kita bersama. mungkin ada yang dah mempunyai tips tersendiri..cara tersendiri..dan mungkin jugak ada yang sudah mengetahui dan mengamalkan sejak dari dulu lagi..walaupun begitu..nak jugak saya selitkan di sini.. Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. ayat skema gegilerr pulaks kan..tape2...
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan...TETAPI saya jarang menggunakan soklan past year ..sebabnya TADE!..hehehee...tapi bagi yang ade..eloklah di rujuk dan di kaji soklan tersebut..jangan pula sampai kita bergantung sepenuhnya pada soklan tuh yea..kang kalo x kua haru biru suda..

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon...o0oppss tengok di sekolah..walhal kite di UNIVERSITI ..kan2...
nampok bebenor copy kan2..hik3

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di kolej dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan...itu kalo zaman sekolah2 dulu kan..zaman skunk ni jarang antara kita nak bawak penajam pensel sume bagai kan..ade 2 bawak sebatang pen pilot jew...hehee..tape2 yg penting pen tuh boley di guna nanti..
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke  dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa .
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya...kalo macam kita yang dok jauh dari pandangan mata keluarga ni..eloklah before kite keluar tuh bace al-quran sehelai 2..surah al-mulk kew..surah yaasin kew...surah al-insyirah kew...paling x pown bace larh ayat qursi mudah jew..dan bagi kaum comel molep tuh..mesti akan ada traffic light kan..kan..so tape2..jangan nebes2...zikir pown boley~~..yang penting ati senang derr...
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. bukak kertas soklan ngan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...semoga di permudahkan...Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel..ade kew yang paper objektip punye....aigo0o..sebab sy tadepown!....

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan...& bile nak serah ke tangan pengawas 2...ce bace [ BismillahitawakkaltuAllah ]..kite da usaha..so tawakkal laa supaya doa kita di terima..=)
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh sahabatku sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, sahabat2 akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama saya..he he he…sama2 kita persiapkan k..
anda pown boley rujuk di page NI..tuk dapatkan doa2 menghadapi peperiksaan k..

p/s : zikrihusaini.com
Kalam Abu Musaddad -         setiap setangga ilmu ku tingkat,
                                                        insaflah aku jahilnya diri,
                                                         keinginan panjang kehidupan singkat,
                                                        TAPI, aku tak bosan dalam mencari


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

No comments:

Post a Comment

iklan berjalan - sile bantu saya dengan KLIK di sini

< penjejak abadi >

mo0d