my nuff

:: c0NNect mE hErE ::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: klik tabung kahwen kite ::

Saturday, December 22, 2012

BAB 8



BAB 8

Hey kau!..mana kau menghilang ni zir…cakap datang kl nanti nak lawat aku..mana?..mana ko?habuk pun tarak..”..sambil tangan di goyangkan di hadapan nazir, nasib baik dia terserempak dengan nazir di lot parking sungai wang..

Wey sorry laa der..aku terlupa nak beritahu kau yang aku nak datang ke kl, ala lagipun aku datang ni kejap ja adik aku nak kahwin, ko tahu laa kan aku mana ada masa nak datang  saja-saja kalau tak ada suatu sebab musabab, lagipun tu satu nya adik perempuan aku, takkan aku nak biarkan majlisnya tanpa di hadiri oleh keluarga walaupun ibu dan babah dah tak ada..

Kejap-kejap..!.kau cakap adik kau nak kahwin?adik kau yang abyati tu?..kau dah berbaik ke dengan dia?..kau tak marahkan dia lagi??...weh!..seriously banyak benda yang aku tak faham…dulu bukan main lagi kau halau dia…marah dia…sekarang korang dah berbaik..alhamdulillah..dia kahwin dengan orang mana??...”niat untuk bertanya dengan lebih lanjut di pendamkan saja, Tidak mahu rahsianya bocor, mencintai adik kawannya secara diam, di tambah pula dengan abyati yang akan melangsungkan hari bahagia nanti, tidak elok mengucar kacirkan majlis orang lain..bisiknya memujuk hati yang ternyata sekali kecundang dengan berita yang baru di dengarinya.

“ Dengan budak kampung tu jugak, duda anak satu, tapi dulu tu mereka pernah bercinta la..”..sepertinya ada sesuatu rahsia yang tidak mahu di bongkarkan kepada ahsraff…

“Oh ya ke..dah jodoh diorang kan, akhirnya bersatu jugak!...”
“Eh belum lagi lah..belum kahwin lagi ok..majlis nya hari jumaat ni..jemputlah datang ke rumah..kat kuala Selangor..kau belum kenal lagi kan dengan adik aku??”
“Erm insyaAllah kalau aku free nanti aku pergi ya..”

“Eh tak nak lah macam tu..aku nak kau datang jugak jangan tidak-tidak, atau pun dalam dua..kau wajib datang!...”

“Yelaa aku datang!..puas??...”
Sangatlah”..senyum nazir lebar..

Dalam diam, ashraff amir menyendiri..memikirkan setiap strategi yang perlu di ambil untuk memastikan abyati jatuh ke tangan nya, tapi dia tidak tahu, dia keliru, dia buntu…takkan nak guna jalan kotor?...papa dan mamanya tidak mahu masuk campur..mustahil untuk dia berjumpa mata dengan abyati, sah-sah dia menyintai haziq safwan!..tapi dia yakin yang suatu hari nanti abyati akan jatuh ke tangannya..kalau makin di tunggu abyati akan terlepas, dan dia perlu bertunang dengan melia....dia gusar, cintanya bukan untuk melia, tetapi isma abyati!...



“Tok!..saya tak kira tok..saya nak perempuan ni tok!..saya nak tok batalkan perkahwinan mereka..ataupun biar mereka tak dapat berkahwin!..saya tak tahu macam mana tok nak buat..tapi saya nak abyati jatuh ke tangan saya tok!..saya sayangkan dia..saya tahu cara yang saya guna ni salah!..tapi saya dah tak ada jalan lain lagi tok..berapa pun saya sanggup asalkan saya dapat isma abyati!..saya tak nak kahwin dengan perempuan yang saya tak suka tok!...saya sayangkan dia..tinggal beberapa hari sahaja lagi dia akan menikah!...saya nak tok jalankan secepat mungkin!..”

“Kamu yakin dengan apa yang kamu nak?aku boleh buat, tapi kau jangan menyesal kalau salah seorang daripada mereka terkorban!..aku bagi masa sehari untuk kau berfikir..kalau kau setuju!..aku ada 3 syarat yang perlu kau turuti…pertama kau perlu bawak wang berjumlah rm200k, kedua 7 jenis bunga kampung yang di siram air kunyit herba india..ketiga, 7 biji telur ayam kampung hitam!..boleh kau penuhi 3 syarat ni dalam masa sehari?..di sebabkan majlisnya dah tak lama, jadi kau tak ada banyak masa untuk berehat!...”

“Baiklah tok!..apa-apa pun saya sanggup asalkan abyati jatuh ke tangan saya!..saya balik dulu tok!..terima kasih tok!”…ashraff amir nekad..dia tahu jalan yang di pilihnya sangat merbahaya dan salah, tetapi kerana cintanya..setiap prinsip, pegangannya di tolak ketepi..apa yang menjadi matlamatnya adalah mendapatkan abyati walau berbagai cara sekalipun, tiada seorang pun yang mengetahui rancangan kotornya termasuklah mak dan papanya. Semenjak peristiwa pertunangannya dengan melia heboh di perkatakan umum, tugasnya di corong radio turut serta di abaikan kerana tidak mahu setiap gerak gerinya di hidu oleh pihak tertentu, dia tahu lambat laun semuanya akan terbongkar tetapi yang pasti bukan sekarang, biarlah mak dan papanya yang memutuskan tentang pertunangan mereka kerana pada hari berlangsungnya majlis pertunangan tersebut, abyati sudah selamat di ijabkabulkan, jadi untuk melengahkan masa dia perlu cepat memutuskan majlis tersebut, fikirnya.

Sudah tiga hari isma abyati tidak mendapat khabar berita dari tunangnya, apakah dia masih merajuk kerana menuruti setiap pantang larang bakal pengantin, setiap pesanan mesej yang di kirim oleh isma abyati tidak juga berbalas, isma buntu, apa yang sebenarnya melanda hati tunangnya sehinggakan beberapa hari tidak menghubunginya, semenjak mereka berbaik semula inilah kali pertama haziq mendiamkan diri tanpa menghantar sebarang khabar berita.

 Apakah isma telah melakukan suatu kesalahan tanpa sedar sehinggakan haziq safwan bertindak begitu ataupun haziq safwan telah berubah hati terhadap majlis mereka nanti. Semua persoalan bermain di benaknya, bimbang perkara yang tidak di inggini terjadi, sekali lagi nombor telefon haziq safwan di dailnya, mengharapkan kali ini ia bersambut! Akhirnya isma memutuskan untuk pergi ke rumah bakal suaminya walaupun hanya tinggal dua hari lagi majlis yang akan berlangsung…tetapi kerana tidak mahu memikirkan perkara buruk yang bakal menimpanya, tangan di capai juga kunci en.vios dan menerobos laju menyelusuri jalan raya. Otaknya terus ligat berpusing, bekerja keras mendapatkan jawapan dengan kesepian haziq safwan.

Pintu tidak berkunci, keadaan ruang tamu yang berselerak jelas menimbulkan riak ketidaksenangannya, kaki di halakan ke arah ruang dapur, sinki masih basah kelihatan beberapa hidangan pagi di atas meja, lagi menimbulkan keanehan, siapa yang memasaknya, setahunya hanya haziq dan manja sahaja yang mendiami rumah ini. Semua keluarganya berada di taman setiawangsa menguruskan hal perkahwinannya bagi pihak lelaki, apa yang sebenarnya berlaku?..nama haziq terus di laungnya!..tetapi tiada sahutan. Matanya tertancap pada sepasang kasut wages red yang di letakkan di sebalik pintu dapur, mungkin untuk mengaburi mata jiran tetangga duganya. 

Lalu dengan penuh semangat kakinya di hayun ke tingkat atas, kamar tidur utama!..makin lama suara renggekan itu makin dekat, makin jelas di pelupuk gegendangnya…seakan suara itu milik wanita sepertinya…dia buntu, tidak percaya dengan apa yang di dengarnya..adakah haziq yang bersama wanita tersebut. Kaki di gagahi juga untuk mendengar lebih lanjut, tidak mahu rasanya menyalah tafsir ataupun menuduh yang bukan-bukan ke atas bakal suaminya itu, Dan ternyata kasihnya selama ini di palsukan oleh haziq safwan. Lelaki yang di sayangi separuh mati itu sedang mencuranginya, maksiat yang sedang di paparkan tidak sedikitpun menyedarkan pelakunya bahawa kegiatan mereka sedang di telanjangkan. Bagaimana untuk mereka menghadapinya, majlis yang bakal berlangsung dua hari lagi??...apakah dia masih sanggup bersuamikan nafsu binatang!..yang sanggup menduakannya di saat menjelangnya majlis mereka..hancur luluh hati mengenangkan lelaki yang cukup di puja, di sayangi, menyulam cinta, kasih,dan  impian hampir bertahun lamanya, inikah balasannya di atas kesetiaannya selama ini.
Jijiknya pada haziq dan perempuan di atas katil bukan kepalang lagi!..lalu pintu bilik di tebar luas!...

“Popp..popp..poppp…”tepukan hambar di beri..
Tahniah!..tahniah haziq sebab awak dah Berjaya menghancurkan hati saya!..
Kelihatan haziq safwan yang ternyata sangat kaget dan terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak di duganya!...tanpa memikirkan soal malu dengan keadaan dirinya yang bogel, terus kain di capai dan di sarungkannya menutupi sebagahagian tubuhnya..

“Is!..awak buat apa kat sini!.”..tangannya cuba meraih jemari basah milik isma abyati tetapi di tepis kuat..
“is…kita boleh bawak berbincang kan perkara ni??...jangan ambil kisah sangat dengan benda remeh ni, b tak buat apa-apa pun dengan dia!..dia yang datang cari b…b sayang is ja!..kita kan dah nak kahwin!...”

Awak cakap ni tak buat apa-apa??awak masih lagi nak perbodohkan saya!..awak ingat saya tak Nampak peluk cium, cumbuan awak tadi!..heyy haziq safwan awak jangan ingat saya ni buta mata!...ya!..mungkin mata saya buta!,…buta sebab gagal membuktikan yang sememangnya awak ni tak layak untuk menerima kemaafan!..tapi hati saya belum buta , telinga saya belum pekak untuk menilai setiap perlakuan awak sekarang!...saya tak sangka!....awak sanggup memperlakukan saya sebegini rupa!..saya ingatkan awak dah betul-betul sayangkan saya!....dah betul-betul insaf…saya kecewa dengan perlakuan awak haziq!....awak dah Berjaya untuk membuat saya hilang persepsi keagungan terhadap lelaki seperti awak!..matanya di alih ke arah wanita yang cuba menutupi sebahagian tubuh telanjangnya dengan mencapai gebar selimut, rupanya cinta awak selama ini palsu rupanya, saya seorang yang buta dalam menilai cinta yang di beri!...

air mata terus laju mengalir, habis basah lencun langan baju dek mengelap air mata yang tak pernah kering.

“Awak jangan risau, majlis kita nanti tetap akan berlangsung dan pengantinnya adalah kamu berdua!...”..terus kakinya di hayun menuju ke pintu utama..hidupnya terus di uji, satu persatu ujian datang menimpa menguji tahap kesabaran dan ketabahannya, tapi sampai bila harus dia merasainya?...isma abyati bukan siapa-siapa, dia tak punya harta yang banyak untuk di agungkan, dia tidak beribu dan berayah, tapi kenapa masih ada yang cuba menghimpit kesabarannya!...tanpa menunggu masa lama, pedal minyak di tekan laju menyelusuri setiap denai tangisan membawa sekeping hati yang hancur, di saat menjelangnya hari bahagia mereka, malang datang mengetuk laju, di saat ini, hanya ayu syakila dalam fikirannya!...hanya ayu yang sentiasa bersamanya. Ya hanya ayu yang fahami segalanya.

“is…sabarlah is!..aku tak nak keadaan bertambah buruk lagi is..sekarang ni apa rancangan kau??..majlis tetap akan berlangsung ke is??...ayu buntu, dia juga keliru dengan musibah yang baru melanda hidup temannya, nak di tolong tiada terdaya, apalagi yang mampu dia beri..setiap nasihat dan pujukan di pandang sepi sahaja oleh isma abyati!...perit mata untuk memandang tapi perit lagi empunya badan menanggungnya..

“Aku rasa..aku tetap nak majlis itu berlangsung..tapi pengantin perempuannya bukan aku!...tapi perempuan tu…”..matanya sudah bengkak untuk terus menangis, rasanya air mata sudah kehabisan untuk mengalir, keadaan tetap sama tidak akan ada suatu pun yang akan berubah kerana ia sudah terjadi, untuk kembali ke keadaan sediakala ia adalah mustahil sekali..



klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Tuesday, December 11, 2012

:: sisa duka ::


assalamualaikum phewwwwiiitt..
sajak sikit...
lame x poy0..keh3
layan2 yea..kalo ase ajin..komen2 leww


Tatkala Aku Bersenandung Duka
Hati Gemersik Bisik Kata Rindu
Jiwa Mengundah Ajuk Kata Hati
Gertak Duka Makin Menjadi-Jadi
Hiba Nun Di Sana Setia Menanti
Khabar Bahagia Belum Ku Temui
Sabar Tersemat Kemas Di Pelipat Sanubari
Sungguh Pening
Keras Memberontak Hiba
Kelu Tak Penah Sesal
Sakit X Penah Serik
Menangis X Penah Henti
Di Duga Berkali-Kali
Wahai
Yang bernama TAKPASTI
Marah bila hati x rindu
Benci bila hati x cinta
Hina bila hati x penah dekat
Sungguh bila geram amuk melanda
Sampai terduduk termenangu duka
Terpayung lara semalam
Entah sampai bila diselimut kenangan
Izinkan  lepas badai dusta
Biarkan bebas menari bahagia
Janji Sampai bila-bila


p/s : doakan aku weyh...
19dis im VIVA PSM1..
doakan yg terbaik buat hambe nestape yeahh
muchuasss bubyeeeeee



klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Wednesday, December 5, 2012

ordinary girl when DIRISIK

assalamualaikum dan salam 1 malaysia semuaaaaaaaaaaaaaa
okeh setelah berlama-lama lamaaaaa dengan tugasaan sebagai siswi uni..perghhh bawu tefikir ade mase japni nak abadikan a short moment here..keh3..



selamat menjalani hidup rumah tangga sista..semoga bahagia hingga akhir hayat 




owh c xde pown kan n3 sy fasal majlis kahwen akak sy..e.s0.k... ekceli mase wedding akak..ade 2buah keluarga..it's means ape erk? hahaha.. keluarga ni datang merisik i!! 10nov2012..im just 23 .. perghh g0makchalo0ohh teh... sumpah terkejut..& sumpah yg amat HEPY jugakk derr..even sape dye tuh? cane lah anak dye...n everything pre-assumption & bla bla blaa kan if jadi..huwwaahhh since dat im still single mingle tingle n nobody declare wif me..so m0m owez asking me bout this issues..

ok alkisahnya diz boy ni i pown xkenal..sumpah xkenal..but bile direnung-renung & renung kembali..if im not mistaken laaaa..yesss dye my senior ekceli..senior batch zaman sekolah rendah no0kk..zaman hingusannnn..n for sure dye mesti kenal arwah abg sy hokey...becuz....becuz sebaya arwah n yeashhh becuz kazen dye tuh same batch ngan sy just not sure same class or not... then

mase majlis fam dye dtg..but just me dunno bout diowang...my m0m plak sibuk2 cakap nah p salam nuh ngan sedara..noticed no 0ne yg sy kenal..so which 1 yg dikatekan sedara??? then ngan muke yg well sweetbitterswarm...salam lah ngan makcik-makcik yg dikatekan sedara tuh..pelik ngak pehal senyum2 memanjang je kan..pestuh tanye mcm2 yg interesting lah...but sy just since xkenal kan..n rely lupe...memang x fikir hape lah kan..sampai lah ke malam tuh..m0m cakap diowg lah fam tuh yg dtg ade hajat..perghhh SO0NTAPP den...kejut terguling-guling..nak nanges pown ade...pestuh bile dah lame..timbang balik..fikir tuh fikir ni kan..dngar nasihat tuh dnegar nasihat ni..istiqamah diri..so ok lah..not bad kan..kite xley nak halang niat baik seseorang even kite ase kite xlayak or kite  xsuke or kite ade alasan kite sendiri lah..citarsa or ape2 jelaaaa...tapi da org suke kat kite..nak wat cane...bersyukur jelaaa..ade jugak yg berkehendakkan ngan kite kan...kalo nk dibandingkan dgn yg sy dok kejar2 selama ni..dok suke-suke..cinta-cinta..but nothing..asyik ade je halangannye..kadang2 fikir maybe ni khilaf diri..Allah nak duga kan..n sumtime timbul jugak am i not go0d enough ?? huwwaaaa..apa yg dihajat xdpt..ade je halangannye..sape xsedih kan..n tetibe ade pulak org dtg merisik

lame jugak lah xtaw nak bagi reason ape...pestuh tetibe mak btaw diorang nak datang lagi..tapi x mention bile kan..last2 1day tuh sy nak kuar lepak jumpe member zaman L.I ritu..seyes memang nanges ahhh...tetibe datang kan..ari rabu 14nov2012...pestuh dengar lah  kata2 dr mom yg buatkan hati ni terkelu..terkedu..sayu pown ade..

SELAGI KITA BELUM SIAP (maksud siap ni macam masih belum kahwen) SO SELAGI TUH LAH HAL KITE BELUM SELESAI (hal ni merujuk kepada hidup kite x complete lah sbg perempuan).

so memang nanges berjurai-jurai lah kan..tapi sempat lagi p panaskan air..buat air sediakan makan cket kan untuk tetamu..then bwk p jumpe diowang..mate bengkak usah dicakap lah kan..hati bercampur baur..tapi on dat time..is it im still have another choice?suke or x..i kene jugak kan..so after berbual-bual n salam diowang balik...mase tuh dh silence jap dr mom..ntah need time lah untuk diri kan..cuz persoalan dulu dah terjawab..dat's y m0m  tentang habisan b0y yg sy cintai dulu.............n bile renung balik fam tuh..y not sy terime je idea my sis,..means kenal n kawan dulu ngan budak tuh kan..tengok cane..if ok bawu fikir next step..so be4 mai jb ri2..sy pown btaw lah mak..if diowang still berhajat nak kan sy...sy setuju tapi dengan syarat.setuju untuk kenal dulu ngan laki tuh...if sesuai n ade jodoh bawu next step..kite ni kan kekadang pertemuan ade...tapi jodoh tuh yg xde..so...tengok lah my fam hepy kemain kan ngan keputusan i..siap pesan lagi.if laki tuh kol...n ajak kua...just go...accept jangan lari pulak..haha...

so m0m jugak ade cakap..yg pagi majlis akak dulu tuh..kami 4 adik beradik girl..khatam al-quran kan..dengan tok guru lah lam 10 orang..so antara 10 org tuh...ade sorang sampaikan hajat berkenan nak merisik  sy no0kkk! perghh ase cam nape tetibe kan..tapi xtaw lah mom ckp ape kan kat tok guru tuh...sy pulak..senyum jelaaa...ade jugak yg berkehendakkan aku ni kan nk dibuat menantu diowang..kah3

so yg kes laki td..mom tanye lah bile pulak cuti kan....sebab nak pertemukan kami lah kununnya...tapi sy just ckp..xtaw cuti memang next year lah.tp xtaw bile..macam xde cuti..haha....so cam tuh laaaa...so skunk ni nak komen lebih2 laki tuh pown x boleh cuz xkenal lagi...biarlah mase yg tentukan..ade hikmah disebalik kisah2 dulu....mungkin jugak ni salah 1 dr hikmah tuh..or ni jugak mungkin slh 1 ujian Allah utk sy..so sy cuma mengharapkan yg terbaik..even siapa pon jodoh sy..kalau bende tuh jugak yg boleh membahagiakan sy 1day n my fam..y n0t kan..diusia 23 tahun ni pown ..rase cam tersangat awal untuk menerima kunjungan merisik..tapi tiada siapa bole halang kan kalo begitulah yg sepatutnya terjadi.

semua orang impikan untuk hidup bahagia..impikan untuk hidup disamping org yg dicintai..dicintai..sayang antara 1 sama lain..& mengharapkan yg terbaik sepanjang hidup kan..so semoga Allah menyediakan yg terbaik untuk saya n awak2 jugak..


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Friday, November 2, 2012

bersama leopard

hye assalamualaikum!! today
yeahhh today..n today.. keluar bersama teman mencari-cari kebahagian..hik3..macam duk dalam campus ni banyak sengsara kan ..so here we g0..
jumpe diz sepek..so adorable!!




hehehehehee..sepek ni..murah jew!..xde branded bagai..brand giant jew...rm5 jew
setakat nak lepas giant sebab xnah kai sepek kan

okiey tuh jelaa berita yg nak di sampaikan oleh patik
khamis ni fly to da bachok..
x sabau x sabau x sabau
kelass kau jah


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Thursday, November 1, 2012

a moment we r together


it's our time !! 
uoppsss assalamualaikum wajah2 kesayangan hamba 
ini cerita tentang kami
the story is

-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
v


yeaahhh closely we r in da bez moment ever i can say..i beat of dat
it's about da years 
syukur
alhamdulillah
masyaAllah
rely thankul to YA FATTAH
meet us again
our girl friend from fra sekolah - darjah 6(upsr)
this girl is fazia izzati luqman(m'kak)
im wish that these essemblies may never be an end 


she has not changed much
still laughing, cheerful n almost time nakal 


this giril is siti afiqah awang(ct)
until form 5 at smkb
rely missssss to meet them again even we r not in da same career
but we still having da same direction in life

so da story is.. pertemuan ni pada idulfitri 2012
but just now having time to make a lil bit precious n3
only for uolls
i didn't expect dat this m'kak wanna come to my house
n really unexpected. kami make a rushing decision
berhari raya ke rumah ct
rasa mahu menangis..
terharu n hapy teramat..
a precious moment we have
thans coming to my life
& still remember me
i'll keep our promise
bersahabat selamanya ..."

with du'as ...
insyaAllah
=)



klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

the mind


::Bismillahirrahmanirrahim ::

"Berikan aku peluang untuk merasai perkara indah macam tu lagi atau yang jauh lebih baik. sebab aku harus percaya , aku x mampu tetapkan apa yang terbaik buat aku. aku cuma mampu lakukan yang terbaik dan Allah je yang tahu apa yang paling baik buat diri aku. "

menanti hari-hari bersama iringan doa semoga hati ini di dengari NYA

believe that you shall be happy


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Saturday, October 27, 2012

berhari raya di perantauan - iduladha 2012

assalamuaalaikum & masih lagi dalam mo0d hari raya rite??



sa;am idul adha from us


hurmm so selamat menyelami ibadah iduladha kali ni, semoga kita semua masih lagi berkesempatan untuk menyambutnya pada tahun akan datang.. hurmm untuk kali ni..ni adalah 1'st timer sy beraya di perantauan.. tiada apa yg menarik kalo nak di bandingkan dengan suasana yg kepoh tentunya di kelantan.. rasa 0..rasa sunyi..rasa sepi..hurmm itu yg tepat untuk sy gambarkan

sebelum lupa, semalam 26oct merupakan ulang tahun kelahiran arwah adikku..alfatihah buat alllahyarham mohamed syukri mohamed yusoff 26oct1992 - 16mei2008..semoga kamu di tempatkan di kalangan hambaNYA yg soleh.

so ceritanya..seperti yg sy ckp ..memang tiada ap yg indah untuk di kenang beraya di sini.. malam raya kami keluar..menghilangkan rasa cedih dan sayu di sanubari..sob3...lepak giant karok n tasek utm..kira bintang...kol 11.30 baru sampai bilik yg terchenta...sambil dengar takbir raya from thr gegar pown dah rasa haisyhh x taw nak gambarkan cane...so pagi tuh jam 7.30 dah sampai MSI..get ready tuk solat raya..lebih kurang jam 9am.setel balik bilik...get ready nak p uma kazen lak...p sane tolong pe yg patut jelaaa..memasak untuk makan tengahari..ade majlis akikah..rindu senarnye..jumpe fam kazen pown cam jumpe fam sendiri..lepas masak2..makan2..boley plak tertido sampai 3.30 ..ehehee penat melampau kowt..penat meroyan malam raye...pestuh kitorg p jenjalan kat angsana sat then kol5.30 gi2 lah gerak g uma sedara kawan..9mlm bawu betolak balik utm..so da whole dat day..penat jugak lah makan n makan..smpai full mata x ley  nak bukak..padahal x de lah makan byk sgt kn...

persediaan deepavali at plaza angsana



main masak2 di pagi raya




2'nd day...gerai makan utm msih x bukak lg..kat lua pown same..last2 AYUB jelaaa..tuh pown masakan diowg major gune KARI..uhhh dun like kari..hope tomorow kedai melayu bukak..xsuke mamak..masakan mamak x cukop kena ngan selera kampung sy hokey..seksa jugak ..memang seksa..hurmm cane lah nga perantau yg jauh nun dr bumi malaysia..nak2 jenis yg perut susah nk terima masakan tradisi kaum lain.. [like me..???]



k esok arap gerai2 melayu dah bukak! xtahan ngan selera mamak
xsesuai





klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Friday, October 12, 2012

al-fatihah untuk arwah

assalamualaikum w.b.t
kali ni aku saje je nak wat entry ni..tade kena mengena ngan ape pown..cume tadi teringat akan arwah adik aku..yeahh mesti korang xtaw kan...dulu aku ade adik laki..mohamed syukri b. mohamed yusoff . dye sempat bersama kami selama hampir 16tahun..16mei 2008 sekitar 9.50pm die pergi meninggalkan kami buat selamanya tanpa sebarang pesan..sungguh tipu kalau aku cakap aku langsung tak ingat dia..dia lah satu-satunya adik lelaki yang penah aku ade..& semestinya aku mengharapkan yang terbaik darinya, even kami selalu gaduh & die selalu sakitkan ati aku dengan perangainya...

2bulan sebelum pemergiannya, die dah mula berubah..dia xmacam yang selalu..dia makin mesra ngan aku.hormat aku..ape yang aku suruh..dia buat je..tanpa banyak bantah..aku sayang dia..sebab dia adik aku..even Allah bagi aku sekejap je cuma untuk merasai bagaimana  perasaan ada adik laki..aku bersyukur sangat...aku penah gaduh besar ngan dye..sampaikan ayah yg tolong leraikan aku dr belasah dye..aku ni kalo dah marah boleh tahan berapi jugak sebenarnya!..tapi tuh lah kalau tak mesti teruk dye ak kerjakan..huhuu sempat lagi kan..tapi tuh lah..after dat dye dah berubah...dye x buat dah perangai dye..dye makin respect ak..ringan tulang tolong aku...xjadi batu api n sebagainya lah..alahh biasa lah kan adik beradik ni kadang2 gado biasa lah tuh kan...

ok so yg aku nak story ni 2 bulan sebelum pemergiannya...mase tuh ak kat utmkl dalam sem ke-3 asenye..maunye x terkejutkan..dahlah b4 tuh memang ak ade balik kg kejap lah..ak janji ngan dye..nanti ak balik next cuti..ak nak belanja die makan kfc..tp tuhlah yg tuh ak terkilan sebab xsempat kan..cuma masa cuti tuh jelaa tapi xpelaa..Allah tahu mana yang terbaik kan...DIA tarik di saat kami dah mula ok..ak ingat lagi masa kat sekolah dulu..arwah adik ak ni suke kenalkan ak ni kepada kawan2 dye..so sampai skunk..kawan2 dye akan tegur ak if jumpe.. [eh ni kakak syukri kan??] kadang2 aku marah ngak ngan dye...yelaa xperlulah sampai nak btaw semua kawan dye..yg dye ade kakak hot kat sekolah tuh kan!..ingat lagi..sekali tuh nak raptai pengawas, aku kat atas stage..boley taw x kawan dye n dye yg duk nun kat ujung toilet dalam Dewan Besar SMKB...dak2 SMKB taw lah..laung nama aku.. [kakak syukri terr]! ahhaa pemes sebentar gue! adik ak ni baik senarnye..sangat baik..cume bile datang sengal nakal dye jew yg selalui mencuit api kebakaran dalam dadaku..dye malu kalo p kelas membonceng ngan aku..hahahaaaaaaa..so memang jarang lah kitorg nek moto sekali..so masing2 bawak moto..ak akan park kat depan..then dye biase park kat gate belakang skolah..2 lah adik aku..

even skunk pown..tiap kali balik kg...terase macam dye masih ade lam uma tuh...ade lagi buku n pakaian dye..yg mak ak simpan ..mase mula2 dulu..memang ase cam xcaye je...xtaw nak cakap cane..orang kg aku jenis suka batu api kami adik beradik..kadang2 naik muak jugak aku..xabeh2 bukan kate kita yg dah tua bangka jadi penyejuk muda mudi x...tapi kire cam aku tersangat bersyukur jugaklah..Allah tarik dye saat kami ok..dik..akak syg ko dik...akak selalu doakan ko...ko xsalah apa2 dik..dah lumrah alam..zaman kecik2  gadoh2..tapi bila ko dha besar..ko dah cerdik..kita dha xgadoh lagi dah..tiap2 tahun..tiap2 kali raya..kami pergi melawat ko dik..ko taw kan..kalau boley tiap2 kali balik kg...kami nak melawat ko ngan abe mat..tapi ak ni pompuan dik..hanya waktu2 raya kami boley melawat kamu..tapi kamu jangan risau ayah n abang2 kite selalu melawat kamu,,bersihkan kubur, baca yaasin...ko tenang2 kat sane ye dik...kami sayang ko sangat dik..
al-fatihah untuk ko dik..aku sayang ko sangat2 dik..
walaupun Allah amek ko awal dr kami...tapi ko taw x dik..ramai yg ade di sisi ko dik..
kawan2 sekolah ko penuh sampai ke kubur diowang follow..

dik..
kami xpenah lupekan ko dik
tenang2 di sana ye..
kami juga bakal menyusul suatu hari nanti
semoga amalan kita di terima NYA aminn



klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Thursday, October 4, 2012

dendam dalam diam

dalam manisnya madu
tersleit juga pahit hempedu
madu manis padamu
pahitnya sungguh bagiku
suka ataupun tidak
aku terus memendam rasa
ingin sekali aku pergi bawa diri
tapi ke mana arah
rasanya sudah tak kuasa lagi
persoalan inilah yang silih berganti
hidup bersama bayangan saja
oh indah hanyalah khabar
bukan yang sebenar
dendam di dalam diam
bagaikan api membakar sekam
senyum dalam paksaan
sekadar lindung kedukaan




p/s : dendam dalam diam - nora


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

1 drop blo0d 2012

hye assalamualaikum semua!!..
dah lama berlalu bawu nak updated kan!..ahhaaa xpew.. ni je p0wn nak share yang 24sept yang dah berlalu ri2 aku dah dapat jalankan misi aku dengan abek sekali..chewahhh orite lah tuh kan..heheee..[kembang 4 mangkuk]..ekceli ni 1'st prog yang da whole aku kena handle..+ bantuan dari setiap AJK aku..maka dapatlah prog ni berlangsung dengan baik sekali..yang paling aku hepoy cuz capai target kami...aku hanye target penderma seremai 50 orang je..yelaaa fikirkan nak target ramai2 kan if xcapai sentap jiwa nokkk...lagipun sasaran memang mahasiswa n staff FGHT sahaja...tapi ade jugak dari fakulti len yang bagi aku agak jauh laa jugak then datang sini semata nak menderma..

ok aku nak story jugak 1 bende ni..student ni dari FKM...chinese...dye nak derma..tapi ade prob ngan penyakit asthma dye..ok ni 1 pengetahuan k...jika penderma ade sejarah asthma..bile last dye kene attack?? amek ubat jenis biji / inhaller??..kalo inhaller ,after 5 bulan  baru boleh menderma darah..if a amek ape2 ubat kene tengok jugak rekod2 lama dye cane..haaa yang memang xley nak elak laa kan.so owh lupe aku berkerjasama dengan pihak hospital sultanah aminah..so memang dyowang punyer stail sterik laa kan ...ak suke & aku pown xpat nak menderma!...sabo jelaaaaaaa..walopown dah lama aku wait..postpone prog cari date yang sesuai..last2 ak sendiri xpat nak derma..tapi x pelaaa..xde rezki..boley cuba len kali..so chinese ni tetap berdegil lah nak jugak kan..datang dari jauh-jauh semata-mata nak menderma neh!..pestuh doc keluar...bincang-bincang ngan doc...test tuh n test ni..last2 yessss dye dapat jugak akhirnya..so hepy lah dye...

n then last sekali aku nak cakap..terima kasih kepada semua AJK aku yang bertungkus lumus nak setelkan prog ni...follow ape yang aku nak n tetapkan..n jalankan tugas tanpa banyak kerenah n songgeh..if ade peluang lagi..insyaAllah mungkin kita boleh berkerjasama lagi di bawah 1 prog yang sama..yang penting matlamat nya tercapai kan,...muchuass graciasss !!








klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Tuesday, September 25, 2012

dari hati untuk hati


saat tiada lagi waktu untuk
 kita berjalan seiring
saat tiada lagi waktu buat kita
berkongsi cerita girang
cukup saja ku rapatkan jari jemariku
menangkupkannya
lalu mendoakan dirimu
dengan cara itu aku memohon 
agar DIA selalu menjagamu

Tuhan jagakan dia untukku
jagakan dia agar
 air matanya tak lagi jatuh
jagakan dia agar cintanya selalu penuh
untaikan senyuman di bibirnya
terangkan cahaya matanya
hangatkan hari-harinya
agar selalu ceria
sinarilah malamnya agar tidurnya lelap
berikan dia mimpi-mimpi indah
aku mohon
Tuhan jagakan dia untukku
kerana aku tiada lagi daya


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Sunday, September 23, 2012

:: doa bersama pemergiannya ::


Bismillaahirrahmaanirraahim..


Seteguh mana pun kita berdegil untuk terus ber-couple
Sejauh mana terpisah tanpa ikatan yang sah
Seutuh mana tangisan kamu demi bukan muhrim mu
Sehanyut mana jiwa & hati menjadi fitrah
Andai ia bukan ikatan yang sah & halal, cepat-cepatlah istighfar

Tiada apa di dunia ini milik kita melainkan dari-Nya. Biarkan dia pergi, walau sejauh mana pun dia pergi, dia tetap akan kembali bila dia di pohon di dalam DOA dengan izin-Nya. Kau pohon lah pada Allah terlebih dahulu, andai hatinya yang kau mohon.

adakah aku  makmummu, & engkau imamku


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Wednesday, September 19, 2012

wanita memang sukar untuk di duga



assalamualaikum semua yg ada...
kali ni aku nak berbicara tentang wanita...wanita..anda yang bernama wanita..

Hati wanita terlalu istimewa,hinggakan kadang sukar untuk kita meramal apa yang ada di dalamnya
Hinggakan kadang kita tak langsung menduga apa yang sedang di fikirkanya, walau kadang bicaranya seolah tiada rasa, namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri.

Dan jangan biarkan wanita yang berada di sisimu bersedih dan menangis, jika masih di biarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..

Jangan biarkan wanita yg berada di sisimu punyai rajuk yang panjang hingga tiada usaha untuk menggembirakan hatinya, kerana pasti aka nada seseorang yg cuba membuatnya senyum & gembira

Jangan biarkan wanita yang berada di sisimu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti aka nada bisikan mengodanya mencari keserasian..

Mereka tidak mendengar apa yg di keluh, mereka tidak melihat dengan mata walau memandang, mereka hanya mahu tahu satu kisah, satu cerita asalnya duka, tidak langsung mereka mengerti akan rasa, kerana mereka tidak berada di atasnya, tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika

Kadang dia sering menyembunyikan 1 rasa sakit pd seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tak melihat, kerana menangis dia dalam diam, menangis dia dalam hatinya, derita sukarnya kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman yang terukir.

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir, sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya..dan seolah telah hilang 1 kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu

Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan mungkin dia melakukan perkara di luar kawal, bimbinglah dia, tenangkanlah hatinya

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaanya, dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara, dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya, lantas dia akan mengenggam erat tanganmu, di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu, sengaja dia member ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seseorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya

Apabila wanitamu berkata dia rindu kanmu, dia benar benar maksudkannya,apabila berjauhan bayanganmu akan sentiasa bermain di mata, kadang dia tak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu


DAN AMAT MENYAKITKAN BILA KITA TERPAKSA BERPURA-PURA BAHAGIA SEDANGKAN PADA REALITI ITU AMAT KITA MERASAKAN DERITA
HANYA MAMPU MELIHAT TANPA MEMANDANG KERANA TELAH DI BUTAKAN DENGAN KESAKITAN
KITA PUJUK AKAN HATI, CERITA INI HANYA SEMENTARA HINGGA SAMPAI SATU MASA SETIAP LAKONAN ITU AKAN BERAKHIR JUA


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

everybody hurts


setiap wanita pasti mempunyai rahsia tersendiri
inilah rahsia umum yg di sembunyikan 
daripada isi hati wanita kepada pasangannya


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Monday, September 17, 2012

penutup syawal 2012

hye assalamualaikum semua!..hokey curi mase sekejap yew..

heheee weekend ni ak balik KL..wahhh2 mule2 xmo balik..tapi 2lah balik2 pk sume..tido2.then ok last minute decide nak balik...hepy kemain lagi..terus ajak ak nye sedara n dye pown mau ikut..tapi 2 lah xpenah kan b4 nie kalo beli tiket ondaspot ade jew..tapio kali neh ..ak gerak ke sri putri lam kol 5 cam2 lah...tapi sume tiket dah abes just dpt lam kol9pm...u noe 9PM??..omaig0d!..kalo aku sorang memang ak XKAN balik laa kan...naseb bek akak aku nak p amek kat TBS tuh..haisyhhh..TAPPPPPIIII TAPIIIII KAN nak sangat balik sebabb rindu dah ngan anak2 ku..hehheeeee...

so sampai malam tuh tid0 jelaaa..esok pagi nye bermulah lah program open ous kami..yehhh yehhh...hepy kowt dapat makan preeeeeeeeeee kauuu hade??.. lam kol 11 am gi2..gerak ke ILUM kat nilai tuh..eh salah ILIM..institut latihan  islam malaysia...rase2 cam da sampai awal..tapi rupenye boley tahan dah lambat larh..makanan sume dah nak abes dah..ruse pown xbyk..kambing dapat laaa 2,3 ketul..satay banyak larh dat time n macam2 juadah lg...ghase2 macam xlarat sgt nak makane even time tuh ekceli memang lapor!..air pulak x bnyak haihhhh..tapi kan ingatkan ni majlis reunion biasa jewk alumni akak ak...upenye memang besar lew..yg hadir sume tuh bukan calang2 orang taw..dari batch 80-an till noe? huhhh memang mak dato'datin tansri abeh laaaa...rasa cam salah masuk majlis pown hade...
our angah

amirul yg syukerr kenak ociknye!

yg 2dung coklat tuh datin!



pestuh kitorang blahh.haha...cuaca sgt mendung n ujan..tapi sempat lagi kami singgah ke bangi..umah kawan angah aku!..kat sini still makan.haha mule2 nak minum air jewk! tapi nampak cam sup soto dye besh jew..bedal lagi semangkuk! then balik rest kan badan nak p yg malan plak..belah malan tuh kami gerak ke umah along ak..kata damansara damai..ni kire open ous blok along ak lah...ciap ade pertandingan lg..pertandingan pakaian yg paling hot family lagi...kitorang decide pakai itam..bedal jewk hahaahaa mane nak cekau sama semua kan..hahh kat sini pown besh!..opkos laa ak akan makan lg..pelik pulak if x makan kan!

along with his aziq bambam

we r young!


bapak2 blok M D.D

timi yg anje2!



okeh hari seterusnya..iaitu ari ahad!..hahahaa sambung lagi ke batu caves! uma sedara 1 kg!..terlajak sampai awal so kami lah yg rasmikan majlis diowg..kikikiii ...kalo dah sampai x sah kan kalo x jamah kan even sedikit..so aku memang sentap sume..jangan tinggal 0 jewk..owh ye lupe pulak,,setiap majlis ni x lepas dr laksa pinang!..yessss n semua ni ak rasa kat setiap majlis so overal laksa ;pinang kat D.D lagi besh n kauw2 lah..last sekali majlis kat sungai buloh..penyudah petang kat sane lah..last syawal 4 diz time..tapi kat S.B nie x bape nak lawan larh..sebabb bet0l2 dah full make hanye ku sentuh coklat cake n air shj..

bile buat n3 neh ..ase cam dalam jalan2 cari makan lak! so maybe aku brde dlm kondisi yg sme dengan maria tunku sabri tuh ..hahaaa..
ok larh cuk0p nt0k kali nie..ak ngantuk nie..almakl0m lah baru sampai kan..terus nak on9 jew...esok pulak kelas kol11..lagi laa senang ati kan..hope kalo kelas nak batal pless batal awal2 k..jgn dah terpacak kat pin2 kelas..dapat link kelas cancel!
bubyeeeee kacak n cantik!


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

Tuesday, September 4, 2012

bahagia sebenar di cari


AKU MENULIS BUKAN KERNA AKU SEMPURNA
TAPI KERANA AKU SELALU ALPA
"Nampak 'happy' bahagia memanjang, tak pernah rasa 'down' atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?"
Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, 'down', kecewa, 'frust', stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau 'frust' atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya.
Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, 'frust' atau pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan'nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan.
Apa kata kita jadikan mereka inspirasi? Saat-saat begini, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima dan cara kita 'deal' dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang saat kekecewaan?
Antara apa yang termampu dan boleh saya kongsi ialah:
1)   Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2)   Senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. Susah? Saat pertama kali buka mata pada pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyumlah kepadaNya, yang masih sudi memberi kita nyawa dan kehidupan.


3)   Sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terimalah setiap kritikan demi memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab dan amanah yang diharapkan dan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.

4)   Ketepikan memikirkan perkara yang remeh dan kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi perkara yang kadang-kadang hanya mempunyai unsur negatif dan aib.


5)   Memilih untuk membaca/melihat/menonton bahan yang positif dan berunsurkan ilmiah. Susah? Tidak. Paling mudah, mulakan dengan 'follow' mereka yang berkata-kata dengan kualiti dan baik seperti di Twitter. Sekurang-kurangnya, setiap kali membaca memberi kesan dan ingatan kepada kita.

6)   Bergaul dengan mereka yang sentiasa positif dan sentiasa berkata serta beramal baik. Susah? Nanti tak ramai kawan? Tidak. Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik dan betul daripada mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah kepada prinsip diri sendiri dalam berkawan.


7)   Lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak semua orang salah dan kita betul? Lihat dan cermin kembali diri kita. Jangan mudah rasa diri cukup sempurna dan sentiasa betul.

8)   Memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan jauhilah walau sekelumit pun perasaan kurang senang ataupun dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukankah setiap rezeki kita sudah ditentukanNya? Berusaha dan motivasikan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.


9)   Sentiasa mengamalkan gaya dan cara hidup yang betul dan positif. Jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah ditetapkan. Susah? Ingat, setiap perkara yang kita lakukan sekarang, ialah tanggungjawab kita kelak.

10) Sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan datang yang bakal menyusul daripada setiap tindakan kita. Perlu berani di dunia maju? Ya, benar, tapi jangan sampai pada masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.


11) Jangan takut untuk 'jatuh' dan sentiasa melihat 'ke bawah'. Bersyukurlah. Apa jua yang kita hadapi hari ini, walau sesukar mana pun, barangkali boleh menjadi impian buat orang lain.

12) Yang paling penting, sentiasa dekatkan hati denganNya. Sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalanNya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. Susah? Belum rasa 'rasa' itu? Carilah Allah. DIA sedang menanti kita. DIA rindukan kita.

Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuma


klik lagi iklan sy sampai lebam...ahhaa..lot's of luv for TheM and YOU...maceh sweethand ^….^

iklan berjalan - sile bantu saya dengan KLIK di sini

< penjejak abadi >

mo0d