Bina sikap yakin diri dengan memecahkan had diri
Jangan hadkan diri Anda. Dont put limits on yourself.Maksudnya, gali kekuatan diri sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang sebelum ni Anda tak pernah lakukan. Kita akan mula rasa konpiden bila kita selalu melakukan sesuatu dengan cukup baik walaupun ia perkara baru bagi kita.
Kita kopiden sebab kita hepi. Kita hepi sebab kita buat perkara tu dengan cukup baik, hebat sekali.
Kalo sebelum ni Anda suka bermain futsal, cuba plak main sukan lain, misalnya bowling. Futsal memerlukan ketangkasan, bowling memerlukan ketenangan.
Sikap yakin diri adalah perasaan dapat melakukan sesuatu dengan cukup baik.
Perasaan ni akan hadir apabila kita pernah melakukan sesuatu dengan cukup baik, di masa lalu atau beberapa jam yang lalu di masa kini. Bila kita sudah melakukan sesuatu banyak kali dengan cukup baik, makin tinggilah tahap yakin diri yang kita rasa.
Kita makin konpiden.
Bila kita hadkan diri sendiri dengan tidak mahu melakukan perkara-perkara yang sebelum ni kita tak pernah lakukan dan kita tak mahu menggali kekuatan-kekuatan tersembunyi yang ada dalam diri kita, kita akan menjadi seorang yang pasif (jumud).
Sikap pasif adalah sikap orang yang tak mahu berjaya dalam hidup. Elakkan sikap pasif, latih diri bersikap aktif – dengan berani mencuba, berani melakukan sesuatu yang baru, berani memecahkan sempadan diri.
2 sebab kenapa Anda perlu ada sikap yakin diri
Kenapa kita perlu ada sikap yakin diri?1. Kita mahu ada semangat untuk maju dalam apa yang kita lakukan sekarang.
Kita mahu apa yang kita buat berhasil. Bila tidak ada keyakinan diri, kita tak ada desakan inspirasi untuk berusaha, lantas membuat kita rugi banyak masa. Orang yang tidak ada rasa yakin diri hanya akan menghabiskan masa berkira-kira nak membuat sesuatu.
2. Kita tak nak kita teragak-agak akhirnya hilang semangat untuk mula mencuba.
Orang yang ada rasa yakin diri sanggup mendepani apa saja yang akan berlaku, terus buat lebih dari sekadar mencuba-cuba. Kita pula rugi banyak sebab langsung tak mencuba, tak membuat dan tak ada inisiatif untuk mula mencuba, walaupun sekadar hanya untuk mencuba sedikit cuma.
Orang yang ada sikap yakin diri adalah orang yang berani, tapi tenang.
Tenang tak bermaksud air mukanya kena sempoi. Tenang tu maksudnya mahir mengawal emosi, kata-katanya terkawal, tindakannya terkawal, ideanya bernas, pendapatnya tepat.
p/s: Tanya diri sendiri, adakah kita ni orang yang tenang?
u noe u r on da road 2 b success..
if u would do ur job & not b paid 4 it
by: oprah winfrey
No comments:
Post a Comment